image

Pangeran Sukma Jati

081296609372


Perumahan Maharani Village Blok D.10 Jalan. Cigugur Girang Kp. Sukamaju Rt/Rw 05/05 Desa Cigugur Girang Kecamatan Parongpong Kabupaten Bandung Barat. Jam praktek: Pk. 08.00 s.d 17.00 WIB
WORKSHOP / GATHERING
TESTIMONIAL & GALLERY KEGIATAN

Lencana Foto / Facebook
Chat dengan Pangeran

081910095431
081296609372

081296609372
081296609372

Jam praktek: Pk. 10.00 s.d 17.00 WIB

SOCIAL MEDIA SUKMA JATI

SLINK

Syekh Abd-al Rahman Al-Sufi Ahli Astronomi Abad Pertengahan

image

Abd-al Rahman Al-Sufi lahir pada 7 Desember 903 M, dan meninggal pada 25 Mei 986 M, tinggal di kawasan Emir Adud ad-Daula di Isfahan. Pekerjaannya yaitu melakukan tugas menterjemah dan mengembangkan kerja-kerja astronomi Greek, terutama Almagest of ptolemy.

Sebagai seorang sufi dan ahli astronomi terkenal di zaman pertengahan, al-Sufi juga melakukan beberapa sumbangan dengan membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud dan kejelasan yang menyimpang daripada kerja Ptolemy.

Beliau mengenal pasti Awan Besar Magellanic yang kelihatan di Yaman dan bukan Isfahan yang tidak dapat dilihat oleh bangsa Eropa. Beliau juga memperhatikan dan dapat mengira tempuh panjang tahun tropika dan menerangkan mengenai bintang, posisi, magnitud dan warna serta menghasilkan dua lukisan, yang satu mengenai gambar daripada luaran cakrawala dan satu lagi dari sebelah dalam yang dilihat dari bumi.

Al-Sufi juga menulis mengenai astrolab dan mencari beberapa kegunaan mengenainya. Kemudian menerbitkan bukunya yang terkenal, yaitu "Book of Fixed Stars" pada tahun 964 M, yang memaparkan mengenai kerjanya dalam bentuk teks dan gambar.

Dalam keterangan dan gambar mengenai Andromeda, beliau memasukkan "A Little Cloud" yang sebenarnya adalah Andromeda Galaxy M31.

Dalam bukunya, beliau juga menerangkan mengenai gugusan Omicron Velorun IC 2391 sebagai "bintang nebolus" di Vulpecula, satu gugusan atau asteris yang kini dikenal sebagai Al-Sufi atau Gugusan Brocchi atau Collinder 399, juga menggambarkan Awan Magellan sebagai Al-Bakr, lembu jantan putih di selatan Arab yang mana beliau tidak kelihatan dari utara Arab karena latitudnya.

Al-Sufi menyediakan carta langit dari pada pemerhatinya dan mengubah magnitudnya dengan cermat. Bukunya kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar merupakan hasil karya yang unggul dalam astronomi steller.

Bukunya bisa didapati dalam bentuk bahasa Arab dan diterjemah dalam bahasa peranchis oleh Schjellerup dan beliau dikatakan penting sehingga kini sering diadakan kajian dalam bidang ilmu pengetahuan alam.

Al-Sufi juga menjelaskan mengenai warna Sims (satu bintang) tidak berubah yang kemudian disahkan melalui pemerhatian. Seneca melaporkan melihat Sirms berwarna merah di Rom, Ptolemy pula melihat warna kemerahan di Iskandariyah dan Schmidt pada 1841 nampak warna putih selepas warna kuning beberapa hari sebelumnya. Warna yang berlainan dianggap hasil daripada perubahan cuaca dari satu tempat ke tempat lain. Disebabkan sumbangnya yang besar di dalam bidang astronomi, sebuah kawah di bulan dinamakan Kawah Azhopi yang mempunyai diameter 47.0 kilometer dalam sembilan bagian peta bulan dan terletak 22.1 selatan 12.7 timur.

Thu, 31 Oct 2019 @20:24


Tulis Komentar

Nama

E-mail (tidak dipublikasikan)

URL

Komentar

Produk Utama
Komentar Terbaru
Testimoni













Copyright © 2019 padepokanintisemesta.com · All Rights Reserved



Powered By sitekno